Monday, July 27, 2009

opportunity cost

25 julai 2009.
sabtu.

aku ada temujanji jam 1 petang bertempat di Mid Valley,tapi..tika jam 11 pagi lebih sikit,aku harus menemankan anak saudara aku pergi ke bengkel kereta..

temujanji aku terpaksa lewatkan kerana kereta tersebut.

kemudian,setelah kereta siap, aku menaiki tren dari Padang Jawa. Jam menunjukkan pukul 2 suku ketika itu..

Aku sudah memberitahunya akan kelewatan aku pada temujanji kami yg ke dua sepanjang persahabatn kami..

setibanya di KL Sentral..jam 3 petang.

kebetulan pula tren menuju ke Seremban mengalami kelewatan 45minit.

aduh..

Aku cuba memberitahunya,dan dengan tenang dia menerima.

kemudian,setibanya tren yg dinantikan,dengan penuh berasak-asak ibarat tin sardin aku menerjah masuk demi dia.

Jam 4 petang, alhamdulillah...tiba juga aku di sana.

"kamu...tak tahu...rasanya...hatiku...saat ber..hadapan..kamu..."-kedengaran caller ringtone Masih Cinta nyanyian Kotak. Aku cuba menelefon dia beberapa kali,tapi.. hampa. Aku menghantar SMS, tapi tiada jawapan..

owh..aku terlupa,dia mempuyai 2 telefon bimbit..aku cuba menelefon nombor yang satu lagi..tapi... tetap hampa..

1/2 jam kemudian, setelah kegilaan melanda..akibat tidak ketentuan arah..aku menghantar SMS menyatakan yg aku akan beredar pergi sekiranya dia masih tidak muncul2 lagi..kerana jam 6 petang, kekandaku mahu datang.

ajaibnya..sela beberapa minit kemudian, sesempatnya aku membeli tiket pulang, dia terus menelefon aku..

oleh kerana jam 6 petang aku ada hal..aku terpaksa bergegas berjumpa dia..kelam kabut, sangat kelam kabut, meminta maaf dan terus pergi.

dia sempat memberitahuku bahawa dia sudah menunggu ku selama 1jam setengah, dek kerana tidak perasan akan panggilan ku,aku terpaksa berlalu pergi..aku dapat rasakan kekecewaan dia.

aku tau,aku mengecewakan dia..

ketika kami berjumpa dia senyum,tapi aku nampak dalam senyuman terselit duka..sayu..sungguh sayu sekali..aku tak mahu kejadian Mahani berulang kembali.

aku bersyukur kerana ada dia,"we shud appreciate wut do we have,not always asking for what we don't"

semua "intersection" dan "timing" yang salah berlaku padaku dalam 1 hari sahaja.

aku minta maaf,kerana aku tidak dapat memuaskan hati semua pihak..aku terpaksa membuatnya begitu kerana keadaan tidak mengizinkan..sangat tidak mengizinkanku.

temujanji yg dirancang sekian lama,membuahkan hasil yg beberapa detik cuma.

aku berjanji,perkara begini tak akan berulang kembali..

setulusnya,serendah dirinya..aku minta maaf Yan.

No comments: